Panoramic View of Sekolah Islam Hidayah
Hidayah telah membuktikan bahawa sekolah Islam boleh cemerlang dengan Pencapaian UPSR Gred Purata Sekolah 1.65 yakni di tempat keempat dalam daerah Johor Bahru, Pencapaian SPM 100% dengan dua pelajar terbaik 11A, purata gred A 4.02 dan GPK 3.54 pada tahun 2003.

Aktiviti Perkemahan SMIH, 2002

Hidayah terlibat di dalam MSSD, menjadi Johan dan mewakili Daerah Johor Bahru dalam acara Ping Pong dan merentas desa, Sekolah juga memasuki dan memenangi hadiah class winner dalam peraduan mencipta School Newspaper anjuran akhbar The Star}

Gotongroyong membina wakaf, 2002

di Hidayah bilangan pelajar aliran sains melebihi pelajar aliran sastera ikhtisas

sekolah menganjurkan sambutan merdeka selama sebulan termasuk countdown menjelang 31 Ogos

Hidayah mengamalkan sistem pengurusan terbaik


Hari pertama di SRIH, 1998

Dari segi pentakrifan Jabatan Pendidikan Swasta, Sekolah Menengah Islam Hidayah tergolong di dalam kategori “Sekolah agama swasta yang mengikuti Kurikulum Kebangsaan”

di Hidayah bilangan pelajar aliran sains melebihi pelajar aliran sastera ikhtisas

Kita yakin dengan usaha kita yang sedikit ini kita dapat menyerlahkan kekuatan umat Islam sebagai umat terbaik..khairul ummah, melahirkan pemuda-pemudi yang tidak hanya berusaha untuk kepentingan diri tetapi juga untuk agama, bangsa dan negara, mereka mampu bersaing dalam era globalisasi, menjadi penyumbang kepada pembangunan negara dan ummah sejagat

Hidayah “Kebersamaan Menuju Kecemerlangan”

Suasana pada tahun 2002

Ucapan Pengerusi Lembaga Pengelola Hidayah
Dr Hj. Omar Bin Yaakob
Di Majlis ihtifal Sekolah Menengah Islam Hidayah
28 Mac 2004

Yang dihormati pengacara majlis, yang berbahgia Puan Hajjah Satiah bte Kasim, Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru, Yang dimuliakan Prof Azlan Abdul Rahman, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Pusat Pendidikan Hidayah, Yang berusaha Puan Pengetua SMIH, Yang dihormati Dr. Hj. Norkhair Ibrahim, Pengerusi PIBG, Yang berusaha Puan Guru Besar SRIH, Dif-dif jemputan, ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah, Lembaga Pengelola, AJK PIBG, Guru-guru ibu-bapa dan seterusnya anak-anak yang diraikan.

Guru dan Pelajar Tahun 1, 2004 Assalamu alaykum warahamatullah,

Saya mengucap setinggi-tinggi kesyukuran dan pujian hanya kepada Ilahi atas limpah kurnia-Nya mengupayakan kita menganjurkan Ihtifal kita kali ini. Sesungguhnya dengan kerdil kita mengakui bahawa tiada kekuatan dan tiada kekuasaan melainkan dengan kehendak, izin, kuasa dan kekuatan Allah. Segala puji hanya bagi-Nya.

Saya juga mengalu-alukan kedatangan Yang Berbahgia Puan Hajjah Satiah, Pegawai Pendidikan Daerah JB. Sesungguhnya kami amat menghargai dan berbesar hati dengan kehadiran Puan Hajjah yang walaupun sibuk tetapi dapat meluangkan masa untuk bersama kami, memberi ucapan, merasmikan dan meraikan pencapaian anak-anak kita di Hidayah. Kehadiran Puan menunjukkan komitment dan keperihatinan yang tinggi pihak Pejabat Pendidikan dan seterusnya Jabatan serta Kementerian terhadap pendidikan agama swasta seperti SMIH ini.

INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA
Tuan-tuan puan-puan yang dihormati sekelian,

Seperti kita semua maklumi Institusi pendidikan swasta adalah institusi bukan bantuan Kerajaan dan ianya dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta. Penubuhan, pengurusan dan pengoperasian institusi pendidikan swasta adalah tertakluk di bawah Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya. Melalui akta berkenaan, kerajaan mempunyai wawasan untuk memastikan pendidikan swasta dapat menyediakan prasarana pendidikan berkualiti ke arah mencapai kecemerlangan akademik dan peningkatan profesionalisme bagi memenuhi keperluan tenaga kerja negara, dan menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. Oleh itu kerajaan telah menubuhkan Jabatan Pendidikan Swasta yang mempunyai tugas khusus bagi memastikan pengembangan pendidikan swasta bertaraf dunia melalui perundangan, pemudahcaraan serta perkhidmatan cemerlang untuk melahirkan insan yang berilmu dan bernilai murni.

STATUS SEKOLAH ISLAM HIDAYAH
Dari segi pentakrifan Jabatan Pendidikan Swasta, Sekolah Menengah Islam Hidayah tergolong di dalam kategori “Sekolah agama swasta yang mengikuti Kurikulum Kebangsaan”.

TUJUAN PENUBUHAN SEKOLAH ISLAM HIDAYAH
Suka saya menarik perhatian tuan-tuan dan puan-puan mengenai tujuan asal penubuhan sekolah ini. Adalah menjadi harapan pelopor penubuhan sekolah ini agar sekolah akan dapat memenuhi antara lain tujuan-tujuan berikut:

  1. Memenuhi hasrat kerajaan untuk memperkembangkan bidang pendidikan swasta.

  2. Memenuhi ruang yang disediakan oleh pendirian kerajaan yang tertera di dalam pendahuluan/preamble Akta Pendidikan 1996 bahawa murid harus dididik mengikut hasrat ibu bapa masing-masing.

  3. Menyambut seruan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai educational hub. Dari segi ini, alhamdulillah pihak Hidayah telah memperolehi lesen daripada Kementerian Dalam Negeri untuk mengambil pelajar luar negara. Kini, terdapat kira-kira 100 orang pelajar luar negara dari Singapura, Brunei, Indonesia dan Bangladesh sedang menuntut di Hidayah.

  4. Berusaha menolak, menukar tanggapan/persepsi negatif atau stereotyping yang sering wujud dengan menyamakan sekolah agama dengan:

    • yang paling corot akademiknya
      { Hidayah telah membuktikan bahawa sekolah Islam boleh cemerlang dengan Pencapaian UPSR Gred Purata Sekolah 1.65 yakni di tempat keempat dalam daerah Johor Bahru, Pencapaian SPM 100% dengan dua pelajar terbaik 11A, purata gred A 4.02 dan GPK 3.54 pada tahun 2003},

    • yang tidak terlibat di dalam mainstream
      {Hidayah terlibat di dalam MSSD, menjadi Johan dan mewakili Daerah Johor Bahru dalam acara Ping Pong dan merentas desa, Sekolah juga memasuki dan memenangi hadiah class winner dalam peraduan mencipta School Newspaper anjuran akhbar The Star}

    • yang menolak sains dan teknologi
      {di Hidayah bilangan pelajar aliran sains melebihi pelajar aliran sastera ikhtisas},

    • yang tidak patriotik
      {sekolah menganjurkan sambutan merdeka selama sebulan termasuk countdown menjelang 31 Ogos},

    • yang paling berterabur pengurusannya
      {Hidayah mengamalkan sistem pengurusan terbaik},

    • yang paling lekeh infrastrukturnya
      {Sekolah menambah baik infrastruktur yang diluluskan oleh pihak berwajib setiap tahun}, Butir-butir pencapaian ini akan dibentangkan melalui pertunjukan multimedia sebentar lagi.
HARAPAN DAN AZAM
Tuan-tuan puan-puan yang dihormati sekelian,

Pelajar Tahun 1, SRIH, 2004 Adalah keyakinan kita bahawa umat Islam adalah umat cemerlang. Kita yakin dengan usaha kita yang sedikit ini kita dapat menyerlahkan kekuatan umat Islam sebagai umat terbaik..khairul ummah, melahirkan pemuda-pemudi yang tidak hanya berusaha untuk kepentingan diri tetapi juga untuk agama, bangsa dan negara, mereka mampu bersaing dalam era globalisasi, menjadi penyumbang kepada pembangunan negara dan ummah sejagat.

Usaha ini masih kerdil, perjalanan masih jauh. Misalnya kalau dibandingkan dengan usaha masyarakat Cina:

“Under the system, there are currently 1285 primary schools, 60 secondary schools and 3 colleges founded by the Chinese community” [Introduction to Malaysian Chinese Education System, Dong Jiao Zhong, 2003]

Tetapi atas sokongan dan bantuan semua pihak kita mampu mendapatkan yang terbaik mungkin, dengan izin Allah.

TERIMAKASIH KEPADA SEMUA

Hari Jualan Buku, 2004 Oleh itu kita amat berterima kasih kepada bantuan dan sokongan berterusan pihak Pejabat Pendidikan Daerah yang sentiasa proaktif membantu sekolah dengan memberikan maklumat terkini, kursus, panduan dan tunjuk ajar, perkongsian soalan peperiksaan dan penglibatan guru-guru di dalam panitia-panitia. Sokongan, panduan dan dokongan Jabatan Agama Johor juga perlu kita rakamkan dalam memastikan pendidikan agama anak-anak kita berada di atas landasan yang betul, di samping pelbagai agensi dan pihak seperti PIBG dan syarikat swasta yang telah memberi pelbagai saham ke atas pencapaian Hidayah selama ini. Hanya Allah yang mampu membalas sumbangan kalian.

Kita yakin sumbangan dan kebersamaan pelbagai pihak inilah yang digabung-jalin bagi menjana kecemerlangan di Hidayah. Maka sesuai benarlah tema Ihtifal kita pada tahun ini “ Kebersamaan Menuju Kecemerlangan”

Saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada semua anak-anak yang telah berjaya, guru-guru yang telah menyumbang kepada pencapaian cemerlang mereka. Terima kasih juga kepada guru-guru, pelajar-pelajar, PIBG, alumni dan semua pihak yang membantu menjayakan ihtifal ini.

Wabillahi taufik wal Hidayah.

Wassalamu alaykum.

Dr. Hj. Omar bin Yaakob
Pengerusi Lembaga Pengelola Hidayah
Johor Bahru
28 Mac 2004


Copyright © 1997 SEKOLAH ISLAM HIDAYAH. All rights reserved