IN
Pembinaan Wakaf Sumbangan Staff Fakulti Alam Bina,
Universiti Teknologi Malaysia

1 Tahun 2002

2 Tahun 2002

3 Tahun 2002

4 Tahun 2002

5 Tahun 2002

6 Tahun 2002

7 Tahun 2002

Pada 13 April 2002 (Sabtu), Badan Kebajikan Staff, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia (BKS-FAB-UTM) telah mendermakan dua buah wakaf (pondok rehat) kepada Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH).

Wakaf yang direkabentuk oleh pelajar akitek UTM itu telah dibiayai kosnya oleh seorang pensyarah dan seni pertukangannya dibuat secara kerjasama di kalangan staff Fakulti Alam Bina, di bengkel fakulti berkenaan.

Kira-kira 8 orang pensyarah dan 10 kakitngan sokongan telah terlibat semasa pembinaan dibuat di sekolah. Mereka mengambil masa kira-kira dua jam untuk meyiapkan pembinaan dua wakaf tersebut.

Semasa majlis penyerahan ringkas, Pengerusi BKS-FAB-UTM, En Jamaludian Yaakob telah menyatakan rasa kesyukurannya kepada Allah di atas kesudian SRIH menerima sumbangan tersebut. Ini katanya, secara tidak langsung telah membolehkan mereka dapat melaksanakan amal kebajikan kepada masyarakat.

Menurut En. Jamaludin, kerja menyiapkan seni pertukangan wakaf tersebut telah dibuat secara bergilir-gilir, selama 2 jam sehari, selepas waktu pejabat.

En. Jamaludin juga menyataka bahawa kos bahan untuk membina wakaf adalah kira-kira RM 2500 setiap satu. Malah katanya, pihak BKS-FAB-UTM bersedia untuk menyumbang tenaga dan kepakaran membinanya, sekiranya ada pihak yang berminat untuk membiayai kos wakaf di masa yang akan datang.

Ustazah Noryani Md Tan, selaku gurubesar SRIH mengucapkan ribuan terimakasih di atas sumbangan yang telah diusahakan oleh BKS-FAB-UTM. Semoga ia akan menjadi amal yang memberikan ganjaran yang berkekalan.
8 Tahun 2002

9 Tahun 2002

10 Tahun 2002

11 Tahun 2002

12 Tahun 2002

13 Tahun 2002

14 Tahun 2002

15 Tahun 2002


Copyright © 1997 SEKOLAH ISLAM HIDAYAH. All rights reserved