Mulai tahun 2002, UPSR(Islam) telah diubah formatnya dan ditukar namanya kepada Sistem Pentaksiran Pelajar Musleh (SPPM).

Pada tahun 2002, SPPM mengandungi 11 mata pelajaran.

UPSR pula mengandungi 5 mata pelajaran


Keputusan UPSR DAN SPPM Sessi 2002


KENYATAAN MEDIA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UPSR DAN SPPM SESI 2002

Tarikh: 5 November 2002

Logo Sekolah Rendah Islam Hidayah Assalamu alaykum,

Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan Sistem Pentaksiran Pelajar Musleh (SPPM) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah diumumkan.

Bagi SPPM, 11 pelajar SRIH memperolehi maksimum 11A (berbanding 27 orang di peringkat kebangsaan) dan 13 orang memperoleh 10A. Untuk gred keseluruhan, hanya seorang dari 125 orang pelajar memperolehi gred D (0.7%).

Bagi UPSR, 25 orang memperolehi 5A manakala 18 orang mendapat 4A. Peratus yang mencapai gred C ke atas dalam semua mata pelajaran ialah 85.6%.

Walaupun pencapaian tidak mencapai 100% kelulusan, pencapaian secara keseluruhan agak baik. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar-pelajar yang telah berjaya.

Sekalung budi dan tahniah juga diucapkan kepada guru-guru yang telah tekun berusaha menyumbang kepada kejayaan ini.

Sesungguhnya kita hanya mampu berusaha sebaik mungkin, Allah yang menentukan hasilnya.

Sekian. Selamat Menyambut Ramadhan Mubarak

PM Dr. Omar Yaakob

Dr. Omar Yaakob
Pengerusi Lembaga Pengelola Hidayah
Johor Bahru.
Phone: +607-5535700/019-7288753


Copyright © 1997 SEKOLAH ISLAM HIDAYAH. All rights reserved