IN
Padang serbaguna Hidayah

Wajah Tahun 1997 Pada akhir tahun 1996, sebuah syarikat berserta seorang penduduk Kampung Sinaran Baru telah bermurah hati memberi sumbangan kepada SIH. Mereka telah menjalankan kerja penambakan jaluran tanah paya, di pinggir tanah SIH.

Sebilangan besar tanah telah didermakan kepada SIH untuk menambak paya tersebut.

Selepas kerja penambakan tanah selesai, sebuah syarikat lain pula telah bermurah hati mendermakan kepada SIH sejumlah 4 lori rumput untuk ditanam di padang ini. Hasilnya ialah sebuah padang serbaguna.

Wajah Tahun 2003
Lima tahun kemudiannya, tapak ini telah dibangunkan. Sebuah bangunan 4 tingkat telah dibina dengan belanja RM 1.2 juta. Kesemuanya hasil sumbangan orang ramai dan pinjaman peribadi ibubapa pelajar. Pembinaan bermula September 2001 dan mula digunakan pada sesi persekolahan Januari 2002. Kedua-dua gambar ini diambil pada lokasi yang sama.


Copyright © 1997 SEKOLAH ISLAM HIDAYAH. All rights reserved