Projek Bangunan Baru

The PROJECT

Projek ini telah dapat dijayakan. Bangunan disiapkan sebelum sessi 1998 bermula. Semua operasi SMIH ditempatkan di bangunan ini. Terima kasih kepada semua penderma.

Pengurus Projek
(Nov 1998)

Belilah saham-saham yang pasti menjamin anda di akhirat.

Membelinya sekali, tetapi dividennya berterusan walaupun anda sudah di liang lahat.

Di samping beramal jariah, anda juga boleh membantu pendidikan generasi muslim.

Biar pun sedikit, nilainya besar kepada SIH.

Biar sungguh bagai dikata

PEMBINAAN BANGUNAN TAMBAHAN SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH
Inilah hasilnya ! Projek ini telah dimulakan pada Sept 1997 dan siap pada Dec 1997.

Putera-putera harapan umat

PENGENALAN
Sekolah Islam Hidayah semakin pesat berkembang. Pada sessi 1998, sebanyak 5 kelas pelajar tahun satu akan mendaftar. Pada masa yang sama, sekolah menengah akan mengambil 2 kelas pelajar tingkatan 1. Pertambahan keperluan bilik darjah, makmal dan perpustakaan telah memaksa pihak sekolah membina bangunan tambahan.

Aktiviti untuk menyehatkan badan

PERBELANJAAN
Banggunan setingkat menggandungi 10 bilik darjah itu dianggarkan menelan belanja RM200,000.00. Pihak sekolah tidak mempunyai sumber kewangan. Untuk menjadikan bangunan yang amat diperlukan ini menjadi realiti, pihak sekolah memohon rayuan bantuan kepada semua pihak untuk sama-sama berganding bahu menghulurkan bantuan. Kerana mengejarkan masa yang amat terhad, maka pembinaan bangunan ini sudah pun dimulakan sejak 1 September 1997. Puteri-puteri Hidayah dalam aktiviti sains

SENARAI BARANG YANG DIPERLUKAN
Barang-barang yang diperlukan serta harganya bagi setiap unit ada disertakan bersama. Adalah dicadangkan saudara dapat menghulurkan derma dalam bentuk nilaian wang mengikut bilangan unit yang saudara mampu mendermakannya.

HARAPAN
Bantulah kami dalam membantu mereka yang memerlukan pendidikan Islam.


Copyright © 1997 SEKOLAH ISLAM HIDAYAH. All rights reserved