LOGO SRIH

LOGO SMIH

Tidak akan berkurang harta seseorang kerana bersedekah,

Tiada seorang yang dianiaya maka ia tetap sabar, melainkan ditambah kemuliaannya oleh Allah,

Tiada seorang membuka pintu meminta-minta melainkan Allah membukakan baginya pintu kemiskinan.

(Maksud Hadith riwayat At-Tirmidzi)

TAFSIRAN LOGO (LENCANA)
SEKOLAH RENDAH ISLAM HIDAYAH

Logo SRIH
Lakaran pertama membayangkan seorang kanak-kanak yang dalam keriangan. Tadahan kedua tangan yang berwarna biru menunjukkan kesediaan kanak-kanak untuk menerima apa juga yang diberikan kepada mereka. Bulatan berwarna putih melambangkan pemikiran yang suci. Lakaran buku dengan keadaan terbuka itu pula ialah Al-Quran. Bulatan berserta anak bulan melambangkan kesyumulan Islam.

Anak-anak yang sedia dididik

Logo SRIH

Lakaran kedua membayangkan seorang yang sedang duduk dengan kedua belah tangan berwarna merah di atas meja. Ia menggambarkan seorang seorang yang bersemangat tinggi untuk menuntut ilmu dan mengamalkannya. Lakaran juga membayangkan seorang dewasa (tangan Anak-anak yang sedia dididik merah) mendakap kanak-kanak (warna biru). Ia menggambarkan guru dengan semangat yang tinggi mendidik murid-murid dengan penuh kasih sayang dan matang.

Warna hijau melambangkan keperibadian Islam yang unggul.

Keseluruhan logo menggambarkan kanak-kanak yang bersih, mudah dilentur dan berpotensi untuk dikembangkan. Logo SRIH

Ilmu yang bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah akan dicurahkan kepada mereka untuk membentuk keperibadian sebagai seorang Muslim yang sebenar.

Logo Sekolah Rendah Islam Hidayah ini juga mengandungi huruf-huruf rumi dan jawi yang merupakan huruf asas dalam mengeja perkataan HIDAYAH.


Copyright © 1997 SEKOLAH ISLAM HIDAYAH. All rights reserved