Alhamdulillah program korban 1997 telah selamat disempurnakan bertempat di Sekolah Islam Hidayah (SIH).

Sebanyak 4 ekor lembu dan 2 ekor kambing telah dikorbankan. Kesemua penyertaan korban diterima dari ibu bapa pelajar SIH sendiri.

Kerja menyembelih, melapah, pembahagian daging dan memasak telah dilakukan secara bergotong royong oleh bapa-bapa pelajar dan guru-guru SIH.

Para hadirin yang terdiri dari ibu bapa, anak-anak pelajar SIH, guru-guru dan penduduk kampung berdekatan telah dijamu dengan hidangan yang dimasak secara gotong royong di perkarangan sekolah.

Logo SMIH

Program diserikan lagi dengan ceramah oleh Ust. Hasanuddin dari Pusat Pengajian Islam, UTM.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah terlibat. Semoga korban kita diterima Allah.

PROGRAM KORBAN SIH April 1997
Please click the photos for better picture

Logo SMIH Beruntungnya ia kerana mati di jalan Allah. Inilah antara 4 ekor lembu yang tiba sehari lebih awal dari hari penyembelihan, direhatkan diperkarangan sekolah.

Logo SMIH Menyempurnakan sunnah nabi Ibrahim a.s. Jaga sekolah, Pak Mat telah mengetuai beberapa bapa pelajar yang lain dalam menyempurnakan penyembelihan.

Logo SMIH Ibadah tidak mengira kecil atau besarnya kerja. Kelihatan dari kiri Ust. Tajul (guru SMIH), Ust. Abdul Muhaimin (guru SRIH), Omar Yaakob dan Hatta Hussin (bendahari SIH) bergurau sambil mengopek bawang.

Logo SMIH Gurubesar SRIH, Ust. Mohd Jailani (kanan) turut serta bergotong royong menyiapkan masakan baryani untuk jamuan Program Korban SIH.

Logo SMIH Pembahagian daging untuk edaran. Kelihatan Dr. Jamaluddin Sharif (baju biru) tekun membersihkan daging untuk dibahagi-bahagikan kepada orang ramai yang hadir dan penduduk kampung berdekatan dengan sekolah.

Logo SMIH Inilah kantin sekolah, tempat untuk menjamu. Selepas makan hidangan baryani para hadirin berehat sambil mendengar ceramah. Kelihatan Ust. Hasanuddin dari UTM sedang menyampaikan pesanan tentang kepentingan korban dan ibadah haji kepada hadirin dan hadirat.


Copyright © 1997 SEKOLAH ISLAM HIDAYAH. All rights reserved