Panoramic View of Sekolah Islam Hidayah
SRIH telah ditubuhkan di Skudai Johor pada tahun 1989 bermula dengan 12 orang pelajar dan 4 orang guru.

Aktiviti Perkemahan SMIH, 2002

Pelajar SRIH bertambah pada kadar 37% setahun.

SRIH mula menawarkan UPSR kendalian Kementerian Pendidikan pada tahun 1991. Pada tahun itu 13 daripada 19 orang calunnya telah mendapat keputusan penuh 4A.

Gotongroyong membina wakaf, 2002

SRIH menawarkan pendidikan bersepadu mengabungkan KBSR dan asas-asas Islam.

Mata pelajaran yang diajarkan;
Matematik
Kajian Tempatan
Bahasa Melayu
Bahasa Arab
Bahasa Inggeris
Aqidah Islam
Ibadah
Seerah
Akhlak
Al-Quran

Ko-kurikulum;
Pakaian seragam Syabab lil bina
Fatayatul muslimah
Kelab Penerbitan
Kelab Kesenian
Riadah

Sahamnya terus dibuka, melabur dengannya tidak akan rugi

Setiap tahun SRIH memerlukan pertambahan 3 baru kelas baru dan SMIH 4 kelas.

Harga setiap kelas dianggarkan RM35,000.
Hari pertama di SRIH, 1998

Hidayah Pengenalan

[ SEJARAH | PERKEMBANGAN | STATUS SEKOLAH | SEK MENENGAH | KEDUDUKAN TERKINI | PENCAPAIAN SRIH & SMIH | PERANCANGAN MASA DEPAN | INGIN BANTU | ]

Suasana pada tahun 2002 Assalamualaikum

Saudara dan saudari yang budiman, Sekolah Islam Hidayah (SIH) adalah sekolah swasta yang tidak berorentasikan keuntungan. Operasi dan pembangunan SIH adalah hasil dari yuran pelajar dan sumbangan orang ramai. SIH ditubuhkan semata-mata untuk memberikan sistem pendidikan alternatif berteraskan Islam yang diurus dengan professional. SIH terbahagi kepada dua iaitu Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) dan Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH).

Bangunan Pertama, 1991
SEJARAH AWAL
Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) telah ditubuhkan sejak 1989 bermula dengan 12 orang pelajar dan 4 orang guru di sebuah rumah teres kediaman di Skudai, Johor Bahru. Pada tahun kedua ia beroperasi pelajarnya telah meningkat kepada 65 dan ini memaksa operasi SRIH dipindahkan ke tempat lain di sebuah rumah banglo.

PERKEMBANGAN
Permintaan yang semakin meningkat telah mendesak pihak Lembaga Pemegang Amanah untuk membesarkan sekolah dan beroperasi di tapak yang lebih sesuai. Akhirnya, berkat bantuan orang ramai dari seluruh negara, serta sumbangan tenaga sukarela yang tidak henti-henti, SRIH telah dapat membeli tanah 2.5 ekar dan mendirikan bangunan kayunya sendiri.

Pintu Hidayah, 1996 Pada tahun 1991 SRIH telah berpindah ke tapak tetapnya dengan tenaga kerja ketika itu seramai 11 orang, mendidik pelajar ketika itu seramai 87 orang. Sejak berpindah ke tapak tetapnya, SRIH semakin dikenali ramai dan menjadi antara pilihan ibu bapa sekitar Johor Bahru dan Singapura untuk menghantar anak mereka mendapat pendidikan di SRIH. Sehingga tahun 2000, pelajar SRIH telah bertambah pada kadar 37% setahun.

PENUBUHAN SEKOLAH MENENGAH

Perkembangan memberangsangkan SRIH telah meyakinkan Lembaga Pemegang Amanah untuk menubuhkan sekolah memengah. Pada sessi 1995/96 Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) telah ditubuhkan. Setelah 2 tahun beroperasi, SMIH mendapat sambutan melebihi kadar tahunan SRIH. Kini SRIH dan SMIH telah diletakkan di bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai Sekolah Islam Hidayah.

Bangunan 4 tingkat mula digunakan pada 2002
APA STATUS SEKOLAH?
SRIH dan SMIH adalah sekolah yang menawarkan pendidikan bersepadu mengabungkan matapelajaran akademik dan Deeniah. Ia beroperasi tanpa bantuan kewangan kerajaan sebaliknya semata-mata bergantung kepada bantuan orang ramai dan bayaran yuran pelajar. Walau bagaimanapun SRIH dan SMIH tetap mendapat pengiktirafan kerajaan apabila diterima pendaftarannya di bawah Kementerian Pendidikan dan diterima mengendalikan peperiksaan UPSR, PMR dan SPM.

Bangunan baru 4 tingkat, 2002
KEDUDUKAN TERKINI
Kini (tahun 2006), SRIH mengendalikan 30 kelas iaitu 5 bilik darjah untuk stiap tahun pembelajaran. Seramai 67 guru kini berkhidmat sepenuh masa mendidik 972 orang pelajar dibantu oleh 4 orang kakitangan sokongan. Di SMIH pula, seramai 43 guru sepenuh masa kini berkhidmat mendidik 485 orang pelajar dari tingkatan 1 hingga 5. Mereka dibantu oleh 6 kakitangan sokongan.

SRIH dan SMIH kini menjadi antara pilihan ibubapa mendapat pendidikan Islam untuk anak mereka. Kini, pelajar SRIH dan SMIH bukan sahaja berasal dari Johor, tetapi juga Sarawak, Sabah, Brunei dan Singapura.

Hasil sumbangan orang ramai, SIH juga telah berjaya membina bangunan 4 tingkat yang dapat menempatkan 21 bilik darjah, bilik guru dan bilik air yang selesa. Ia mula digunakan pada sesi persekolahan 2002.

Suasa Pelajar Baru Tahun 1, 2002

PENCAPAIAN SRIH DAN SMIH
Pertama kali SRIH mengendalikan UPSR PADA TAHUN 1991, 13 daripada 19 orang calunnya telah mendapat keputusan penuh 4A.

Pada tahun 2003, SRIH telah diiktiraf sebagai penerima Anugerah Akademik Terbaik atas pencapaiannya sebagai Sekolah Swasta Terbaik Seluruh Johor dan Sekolah Swasta Ke 3 Terbaik Seluruh Malaysia.

Pada tahun 2003 juga, SMIH pula telah mendapat Anugerah Akademik Terbaik atas pencapaian Sekolah Terbaik Seluruh Johor dan Sekolah Swasta Ke 4 Terbaik Seluruh Malaysia.

Pengiktirafan di atas telah diberikan oleh Jabatan Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pada 2006, pelajar SMIH telah diiktiraf sebagai antara pelajar terbilang seluruh Malaysia apabila berjaya mencapai keputusan 12 1A dalam SPM 2005.

PERANCANGAN MASA DEPAN
Keluasan tanah 2.5 ekar yang telah dipenuhi dengan bangunan memaksa SIH untuk menambah tanah bagi kegunaan padang permainan dan ruang letak kereta. Pihak Lembaga Pemegang Amanah telah merancang tapak tambahan yang berjiran dengan Sekolah Islam Hidayah seluas 6 ekar. Perbelanjaan tanah dan bangunan dianggarkan sebanyak RM 1.5 juta.

SIH juga merancang membina sebuah surau tetap di perkarangan sediada. Projek ini dinamakan Kompleks Surau dan Tahfiz Hidayah. Ia dianggarkan menelan belanja RM 600,000.00. Dengan terbinanya surau ini, masalah kesesakan surau sediada yang digunakan oleh 1,457 orang pelajar, dijangka dapat diselesaikan.

Pihak Jawatan Kuasa DANA HIDAYAH bersama-sama PIBG SRIH dan SMIH kini bertungkus lumus mengumpulkan dana dari setiap sumber yang halal. Ini untuk mempastikan setiap proses pendidikan Islam yang dianjurkan oleh SIH dapat dilaksanakan dengan sempurna.

INGIN MEMBANTU?
Jika saudara/i boleh bersama membantu, tuliskan cek/kiriman wang atas nama DANA HIDAYAH dan hantarkan sumbangan kepada;

Logo SMIH Jawatankuasa Kerja
DANA HIDAYAH
Sekolah Rendah Islam Hidayah
Kampung Sinaran Baru,
Km. 26, Jalan Johor Bahru,
81300 Skudai, JOHOR, MALAYSIA.

Ingatlah....saudara/i hanya perlu menyumbang, kami yang akan mempastikan kejayaannya. Insyallah. Sekian, sekali lagi terima kasih di atas perihatin saudara/i. Semoga Allah memudahkan semua urusan kita.

"BERSAMA MEMBINA GENERASI MUSLIM"
Sekolah Islam Hidayah


Copyright © 1997 SEKOLAH ISLAM HIDAYAH. All rights reserved