Falsafah Sekolah Islam Hidayah

Wajah putera-putera Hidayah Jernihnya wajah pewaris umat

Siapakah lagi yang akan kita harapkan untuk mendidik anak-anak pewaris umat?

Di tangan kita lah semuanya tertanggung.

Berat sama dipikul
Ringan sama dijinjing

Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ketepian,
Biar sedikit membantu,
Hidup senang di hari kemudian,

FALSAFAH PENDIDIKAN HIDAYAH
Falsafah pendidikan Sekolah Islam Hidayah

Pendidikan merupakan satu proses pembentukan yang berterusan serta menyeluruh. Dengan berteraskan aqidah, pendidikan Islam berusaha membina dan melahirkan peribadi muslim yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia serta berkemampuan membentuk kehidupan diri, masyarakat, negara dan dunia sebagaimana yang dituntut oleh Al-Quran dan Sunnah Rasul saw. Sessi sekolah diakhiri dengan solat zohor 
        berjamaah

Falsafah pendidikan Hidayah berasaskan falsafah pendidikan Islam yang menekankan:

  • Penanaman aqidah yang bersih
  • Penghayatan kepada Al-Quran dan As-Sunnah
  • Pembentukan akal yang sihat, kritikal dan kreatif
  • Kefahaman asas tentang ilmu-ilmu Islam yang asas
  • Pembentukan akhlak dan pengamalan amal islam
  • Kecemerlangan dalam ilmu-ilmu yang berorientasikan sains dan teknoligi
  • Pemupukan sikap positif, berdikari dan pervcaya kepada diri sendiri dan pengikisan sifat-sifat yang negatif
  • Kebanggaan terhadap Din-al-Islam
  • Kekuatan ikatan ukhuwah Islamiah
  • Pendidikan kemahiran untuk mengharungi hidup zaman dewasa tanpa bergantung kepada makan gaji.


Copyright © 1997 SEKOLAH ISLAM HIDAYAH. All rights reserved