PERANCANGAN PEMBANGUNAN SIH

Skim jariah anda kepada SIH boleh dikhususkan untuk membiyayai pembangunan Hidayah dalam bentuk;

  • Pembelian tanah
  • Pembinaan Surau
  • Pembinaan bilik darjah
  • Peralatan belajar
  • Perpustakaan
  • Komputer
  • Alat pandang dengar
  • Perabot
    Pendidikan jasmani Pada tahun 2000:

  • SRIH memerlukan 33 bilik darjah, 65 orang guru untuk menampung 990 orang pelajar.

  • SMIH memerlukan 11 bilik darjah, 22 orang guru untuk menampung 330 orang pelajar.
  • Puteri-puteri SMIH
    Pengenalan

    Pada sessi 1997, SRIH terpaksa membuka 5 kelas untuk pelajar Tahun 1, lebih dari perancangan asal iaitu 3 kelas. Ini merupakan petanda betapa permintaan masyarakat terhadap pendidikan Islam di Sekolah Islam Hidayah (SIH) adalah diluar jangkaan. Permintaan ini dijangka meningkat tahun demi tahun. Datanglah melawat kami

    Pihak pengurusan SIH telah merancang pembangunan fizikalnya untuk menampung permintaan masyarakat yang tinggi ini. Perancangan ini terbahagi kepada dua iaitu;

  • Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH)
  • Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) Datanlah...jangan segan-segan

    Perancangan pembangunan ini berdasarkan unjuran perkembangan akan datang SIH, dan berdasarkan kepada bilangan pelajar pada tahun 2000.

    Perancangan pembangunan ini memerlukan belanja yang besar sedangkan SIH hanya mempunyai sumber kewangan yang amat terhad.

    Pihak sekolah merayu lagi mengalu-alukan bantuan kewangan dari mana-mana pihak yang bermurah hati.


  • Copyright © 1997 SEKOLAH ISLAM HIDAYAH. All rights reserved