Pembangunan Sekolah Menengah
Selingan Maklumat

Buat masa ini Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) menumpang di 5 buah bilik darjah Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH).

Pembangunan SMIH yang dicadangkan ialah;

  • Pembelian tanah seluas 6 ekar berhampiran SRIH
  • Bangunan tetap setinggi 3 tingkat
  • Sebuah surau untuk 200 jamaah

    Bangunan 3 tingkat yang dicadangkan ini mengandungi;

    10 bilik darjah 1 bilik guru lelaki
    1 perpustakaan 1 bilik guru perempuan
    1 bilik komputer 1 makmal bahasa
    Bilik pengetua & Pejabat 1 bilik sumber
    1 makmal sains Tandas dan stor
    1 bilik kaunseling/kerjaya 1 kantin dan dapor

    Keluasan lantai keseluruhan bangunan ini ialah 21,400 kaki persegi. dan dianggarkan memerlukan kos sebanyak;

    Bangunan RM 1,164,000.00
    Kerja-kerja luar (jalan & tangki najis) RM 235,000.00
    Peralatan makmal dan perabot RM 170,000.00
    Kos pengurusan pembinaan
    @ 3,000 x 12 bulan
    RM 36,000.00
    Surau RM 85,000.00
    Pembelian tapak seluas 6 ekar RM 520,000.00
    JUMLAH RM 2,210,000.00

    Angaran perbelanjaan yang besar ini memerlukan sokongan kewangan orang ramai.

    Dengan ini pihak sekolah dengan rendah hati merayu lagi mengalu-alukan bantuan kewangan dari mana-mana pihak yang bermurah hati.

  • Dalam perancangan pembangunan ini SMIH akan mendapat antaranya;

  • Tapak tetapnya sendiri

  • Surau untuk 200 jamaah

  • 11 bilik darjah baru untuk menampung 330 orang pelajar

  • 2 bilik guru untuk menempatkan 22 orang guru

  • Makmal sains

    Pembangunan SMIH amat penting supaya pendidikan Islam dari SRIH dapat diteruskan.

    Suasana yang selesa dan kelengkapan pendidikan yang cukup amat diperlukan oleh SMIH.

    Ia juga bertujuan memenuhi permintaan masyarakat yang terus meningkat.


    Semua perancangan dan pelan bangunan disediakan secara percuma oleh
    NKC Arkitek, Johor Bahru.


  • Copyright © 1997 SEKOLAH ISLAM HIDAYAH. All rights reserved