PENJELASAN RINGKAS ISU YAHUDI - ZIONIS

Oleh: Ust Abdul Halim Abdullah

Pertama dalam membicarakan tentang agama, maka rujukan kita adalah kitab Allah dan pedoman nabiNya yang terdapat dalam Al-Hadis. "Aku tinggalkan untuk kamu 2 perkara. Tidak akan kamu sesat selafi kamu berpegang kepada kedua-duanya : Kitab Allah dan Sunnah RasulNya" (Hadis).

1. Perbezaan Yahudi dan Zionis

Yahudi adalah bentuk agama yang disebut didalam Al-Quran hasil penyelewengan dari agama Islam yang yang dibawa oleh rasul-rasul yang terdahulu. Rasul-rasul membawa agama Islam. "Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang yahudi atau kristian, akan tetapi dia adalah seorang Islam yang lurus. Dia bukan dari orang2 yang musyrik" (Al-Quran). Dari Nabi Ibrahim lahirnya keturunan nabi-nabi yang ramai termasuk Ishak, Ismail, Yaakub (Israel), Yusof, Musa, Zakaria, Yahya, Isa dan lain lain.

Gerakan Zionis Sedunia lahir terkemudian dan dimantap dan dijuruskan lagi matlamatnya oleh Theoder Hertzl dalam Muktamar Zionis Pertama pada tahun 1897 di Switzerland. Perbezaan antara Gerakan Zionis dengan Yahudi ialah;

  • Yahudi adalah aqidah manakala

  • Zionis adalah gerakan dan organisasi yang bergerak di dalam masyarakat manusia untuk mencapai matlamat2 pimpinannya yang beragama Yahudi.
Sehingga kini Gerakan Zionis Antarabangsa telah menguasai kebanyakan negara-negara utama dunia seperti US, UK, Perancis, Rusia sekali gus Majlis Keselamatan PBB (sebab itu mereka selamat dari apa jua bentuk tindakan ketenteraan luar/antarabangsa).

Sebagai perbandingan bolehlah dikatakan hubungan Yahudi - Zionis ialah seperti Islam - Badan-badan Islam di negara kita. Tidak semua umat Islam menganggotai sesuatu badan Islam, akan tetapi aqidah Islam / Yahudi mewarnai bahkan menjadi pendorong kepada badan / organisasi.

Sebelum adanya Gerakan Zionis lagi, orang-orang Yahudi dalam bentuk individu atau gerakan-gerakan dahulukala telah banyak memusuhi Islam, bahkan rasul-rasul. Ada rasul yang dibunuh seperti disebut dalam Al-Quran. Allah mengingatkan kita bahawa mereka adalah yang paling ketat permusuhannya dengan umat islam. "Sesungguhnya manusia yang paling ketat permusuhannya terhadap orang2 beriman adalah Yahudi dan orang2 yang musyrik" (Al-Quran).

2. Kafir Manakah Mereka Tergolong?

Berkenaan dengan isu memerangi orang kafir dan sebagainya, sekali lagi sebagai umat islam kita merujuk kepada Quran, Hadis dan kitab-kitab Islam. Orang kafir terbahagi kepada 3 kategori ;
  • Harbi (ahli perang - senjata / aqidah / ekonomi / budaya dan lain-lain.),

  • Hiyad (neutral) dan

  • Zimmi (dilindungi).
Sesiapa yang memerangi orang Islam samada perang senjata, atau aqidah - secara menarik gadis Islam menjadi murtad, ekonomi - melumpuhkan kedai / perniagaan umat Islam secara terancang, budaya - merosakkan belia dengan program, media dan sebagainya, sebagai contah, maka tindakan akan dikenakan oleh pemerintah Islam. Sesiapa yang tunduk kepada pemerintah Islam (kafir zimmi), maka umat Islam wajib menjaga dan berdakwah kepada mereka.



3. Pembahagian bukan berdasarkan Zionis (organisasi) atau Yahudi (aqidah)

Allah swt. dan Islam tidak mengiktiraf agama Yahudi. Cuma menyebutnya di dalam Al-Quran. Ada perbezaan antara sebut dengan iktiraf. "Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Islam" (Al-Quran). "Sesiapa yang mengambil selain Islam sebagai agama, tidak akan diterima darinya. Di hari Akhirat dia dari kalangan orang yang rugi" (Al-Quran).

"Tiada paksaan dalam agama" (Al-Quran). Maknanya kita tidak boleh paksa seseorang menganut aqidah atau agama Islam. Aqidah adalah keyakinan, dan keyakinan letaknya di hati, ianya tidak boleh dipaksa. Ia ditawan dengan dakwah dan menambat hati. Namun begiru Sistem Islam (undang-undang, peraturan-peraturan) tidak perlu menanti keyakinan dan boleh dipaksa seperti pengharaman arak, zina, riba dan lain-lain, demi menjaga masa depan masyarakat manusia yang sihat. Adik sekolah rendah boleh perlu dipaksa buat kerja rumah, walaupun belum sampai keyakinan perlu berbuat demikian, demi masa depannya. "Dan perangilah mereka sehingga tiada lagi fitnah dan jadilah semua Sistem tunduk / mengikut Allah". (Al-Quran).

4. Pertembungan di Palestin

Pertembungan di Palestin, bukan pertembungan antara 2 buah negara di sepanjang sempadan medan perbatasan seperti yang disangka ramai orang. Sebenarnya, ia adalah pertembungan antara satu projek antarabangsa Zionis bersama kuasa-kuasa utama dunia terhadap umat dan negara Islam dan medannya adalah di Palestin. Ya, Palestin itu sendiri sebenarnya adalah Medan Perbatasan.

Projek hijrah beramai-ramai yang ditaja oleh dunia sebenarnya menghantar sebanyak mungkin penceroboh haram Yahudi ke medan pertempuran (Palestin), walau sebaik mana mereka dengan hidangan dan jamuan kepada kita tetapi beradanya mereka di inci bumi Palestin adalah at the expense of 5 juta umat Islam yang menjadi pelarian di seluruh dunia (2.5 juta di Jordan). Oleh sebab terlalu lama pelarian, kem-kem kain pelarian sekarang dah jadi bangunan-bangunan batu seperti Kem Pelarian Jenin dan seumpamanya.

Fatwa ulamak Al-Azhar yang mengiktiraf bom berani mati antara lain berpandukan kepada "penduduk" Yahudi di Palestin sebenarnya adalah "ahli perang penceroboh" yang dihantar ke medan perang (Palestin) maka boleh / kena dibunuh.

Di sana banyak buku-buku menerangkan hakikat isu semasa yang menjelaskan banyak fakta kepada umat islam. Malangnya kebanyakannya berbahasa Arab. Semoga banyak di antaranya akan diterjemah kedalam Bahasa Malaysia di hari dekat.

"Wahai orang-orang beriman, jika kamu bertaqwa kepada Allah, Dia akan jadikan untuk kamu Furqan (pembeza antara yang benar dan salah), dan Dia akan ampunkan dosa-dosa kamu" (Al-Quran).

Wassalam,
Abdul Halim Abdullah



Copyright © 1997 SEKOLAH ISLAM HIDAYAH. All rights reserved