IN
Taklimat dan Demonstrasi Kebakaran

Khamis, 18 Mac 1999: Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) telah mengadakan taklimat dan demonstrasi kebakaran bertempat di dataran SRIH. Taklimat dan demonstrasi yang dihadiri oleh semua pelajar dan guru SRIH ini telah dikendalikan oleh dua orang pegawai bomba dari Jabatan Bomba dan Penyelamat daerah Kulai.

Semasa sessi demonstrasi memadam kebakaran, api telah dinyalakan menggunakan minyak petrol. Para pelajar dan guru kemudiannya diberi peluang untuk memadamkan api dengan kaedah yang betul menggunakan alat pemadam kebakaran yang terdapat di SRIH.

Taklimat khusus juga diberikan kepada guru-guru. Mereka didedahkan tentang langkah keselamatan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran terutamanya dalam mengendalikan pelajar SRIH yang masih kecil dan ramai bilangannya.

Takilmat dan demonstrasi memadam kebakaran adalah program berkala yang dibuat oleh SRIH. Pengendalian kecemasan akibat kebakaran diberi perhatian utama di SRIH sejak ia ditubuhkan. Antara langkah lain yang diambil ialah menyediakan alat pencegah kebakaran yang mencukupi dan mempamirkan peta lokasi berhimpun sekira kebakaran berlaku.

IN

Copyright © 1997 SEKOLAH ISLAM HIDAYAH. All rights reserved