IN
Meniti Alam Remaja III - Ulasan


Penulis adalah bapa kepada pelajar SMIH. Ulasan ini dipetik dari sebuah mailing list. Ia diterbitkan semula sebagai bahan untuk dikongsi bersama terutamanya ibubapa yang tidak sempat menyertai MAR 3.

Part 1

Isnin, 15 Mac 1999:

Assalamualaikum wrt

Meniti Alam Remaja III baru sahaja selesai. Tuan Hj Hasni telah memberikan beberapa pandangan yang amat bernas. Ingin kiranya ana berkongsi dengan sahabat semua, terutama yang tidak sempat untuk menghadiri program tempoh hari. Semoga dengan ini di masa akan datang akan lebih ramai lagi kehadirannya.

Satu ungkapan yang amat menarik hati ana (setanding dengan istilah relevan) ialah istilah TANGIBLE dan NON-TANGIBLE. Seringkali apabila terdapat masalah kita akan rujuk pada yang tangible ... kita akan rujuk pada teknik, contohnya. Persoalan rahmat, barkah dan seumpamanya jarang dititik beratkan.

Ana beri satu contoh. Dalam majlis tempoh hari ada ditanyakan persoalan kesibukan. Kita ini semuanya sebok. Lagi hebat sesaorang sahabat itu - lagi sibuk jadinya ... siang kerja, malampun ada kerja dakwah. Kalau suami isteri aktif ...maka dua-dua sibuk. Akhirnya hubungan dengan anak mungkin akan terjejas. Bagaimana penyelesaiannya.

Mungkin kita akan andaikan penceramah akan jawab dengan menurunkan pelbagai teknik. .... Masya Allah, beliau telah mengutarakan pandangan yang non-tangible. Dimulakan dengan persoalan - Rasulullah saw sibuk kan? Para sahabat sibuk kan?.... Lantas ditanyakan - Apakah tiga perkara yang Rasulullah saw tidak pernah tinggal. Akhirnya diutarakan jawapannya:

  1. Sembahyang sunat sebelum subuh
  2. Sembahyang Dhuha
  3. Sembahyang Witr

Nah ... sudahkah kita amalkannya dalam kehidupan harian kita .... ana pulangkan pada sahabat untuk mencari fadhilat di sebalik amalan tersebut dan kaitannya dengan sibuk itu tadi .......

Part 2

Assalamualaikum wrt

Apa khabar ikhwah dan akhawat semua. Diharapkan ikhwah dan akhawat telah mengerjakan solat sunat sebelum subuh dan solat Dhuha untuk hari ini dan beristiqamah seterusnya di hari-hari yang mendatang...jangan lupa Witr pada malamnya.

Selain dari tiga amal serangkai yang telah ana utarakan dalam Bah I, ada satu lagi amalan yang ana pelajari dari MAR III. Amalan tersebut nampaknya kecil - tapi besar implikasinya dalam kehidupan kita sebagai seorang da'i. Amalan itu ialah MENDENGAR.

Para pendengar telah dikejutkan dengan satu cerita yang menyayat hati. Kisah seorang remaja yang telah lari dari rumah dan menulis sepucuk surat pada ibu bapanya melalui anggota polis. Ana akan cuba perturunkan isi surat tersebut (from memory):

"Saya mohon maaf pada ayah dan ibu. Saya sedar banyak sudah sumbangan ayah dan ibu bagi membesarkan saya. Tapi ayah ingat tak semasa kecil dulu, saya sering mahukan tumpuan dari ayah. Tapi, ayah dan ibu tiada masa untuk saya, ayah dan ibu terlalu sibuk dengan tugas masing-masing. Kini saya akan ke Chicago, untuk mencari orang yang dapat memberi masa untuk saya ......"

Marilah kita muhasabahkan diri kita ini - kalau kita bersabar sedikit dan memberi sedikit perhatian kepada amalan MENDENGAR ini - mendengar dalam artikata memberi tumpuan sebenar - bukan mendengar sambil lewa - hubungan mesra kita dengan anak akan terjalin , hubungan dengan isteri akan lebih mesra, hubungan dengan anak buah usrah akan lebih erat, hubungan dengan sahabat akan lebih intim.

Tapi apa yang berlaku - apabila kita berhadapan dengan orang yang lebih tua atau senior atau lebih berpangkat besar - kita akan mudah beri tumpuan.... namun pada orang yang "kurang" dari kita .... kita ambil acuh tak acuh. "Body language" kita seringkali tidak dapat menyorokkan apa yang tersirat dalam hati kecil ini.....(unless we are good actors). Ana akui - amatlah susah untuk beri perhatian pada rungutan si anak - tak kiralah samada remaja atau anak kecil ..... tapi kalau kita bayangkan itu sebagai suatu amal soleh yang dapat mendekatkan diri kita pada Allah ....akan dapat menghasilkan dakwah yang lebih hikmah - kita akan mudah melakukannya... kita akan berusaha melaksanakannya.

SEEK TO UNDERSTAND AND BE UNDERSTOOD. Kalau kita tidak memberi perhatian yang sebenarnya pada si anak, si isteri, si sahabat itu tadi, masakan kehendak dan harapan kita dapat dihayati .....akhirnya suasana "diktator" akan terbentuk ...... I am your father..you have to follow me ..... I am your husband ... you have to follow me... I am your mas'ul... you have to follow me. Of course - ungkapan ini mungkin tak dikeluarkan dari mulut ...tetapi mungkin tertanam dalam hati dan dibenarkan dengan amalan - terbentuk sebagai suatu sikap yang akan menjahanamkan kita akhirnya. Akhirnya dia akan meletup suatu hari nanti - maka terjadilah apa yang terjadi pada si anak yang ke Chicago itu tadi.

Wallahu'alam

Sekian wassalam

Hishamuddin Alham

Ulasan tamat

IN

Copyright © 1997 SEKOLAH ISLAM HIDAYAH. All rights reserved