IN
Meniti Alam Remaja III (MAR 3)

Isnin, 15 Mac 1999: Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) menerusi PIBG SMIH telah berjaya menganjurkan seminar Meniti Alam Remaja III di sebuah Hotel di Skudai Johor. Seminar setengah hari ini merupakan seri program yang diberi perhatian khusus oleh SMIH dalam menguruskan perkembangan anak-anak dalam meningkat remaja.

Peserta telah didedahkan bagaimana mengendalikan anak-anak terutamnya persedian kepada mereka dalam menghadapi alam remaja. Antara perkara yang ditekankan oleh penceramah ialah pentingnya anak-anak difahamkan akan tanggung jawap sebelum dan sesudah baligh. Rata-rata peserta telah berpuas hati dengan pengisian padat penceramah yang membawa kaedah Islam dalam menguruskan masalah remaja.

Seminar telah dikendalikan oleh Tuan Hj Hasni Mohamad dan dihadiri oleh ibu bapa pelajar SMIH dan SRIH. Seramai 90 orang peserta telah hadir.

IN

Copyright © 1997 SEKOLAH ISLAM HIDAYAH. All rights reserved