IN
Itthadz FC belasah teruk PMR 99

Rabu, 17 Februari 1999: Pasukan Itthadz FC telah membelasah teruk pasukan PMR 99 dalam pertandingan akhir bolasepak 7 sebelah, Sukan Remaja 1999. Pasukan Itthadz FC yang menguasai sepenuhnya permainan telah mengalahkan pasukan PMR 99 dengan jaringan 5 gol tanpa balas.

Sukan Remaja 1999 telah dianjurkan oleh Kelab Remaja JIM Johor Bahru dan terbuka kepada pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) sahaja. Sukan yang diadakan sempena cuti raya cina ini telah disertai oleh 5 pasukan iaitu Itthadz FC, PMR 99, The Blacks, Jengking Merah FC dan Senadam FC. Pertandingan telah dilangsungkan di padang Kampung Maju Jaya iaitu sebuah kampung berhampiran dengan SMIH.

Selain pertandinag bolasepak pihak penganjur juga mengadakan pertandingan bola jaring. Sebanyak 3 pasukan bola jaring yang terdiri dari puteri-puteri SMIH telah mengambil bahagian. Pertandingan di adakan di Padang SMIH.

Semua pertandingan diadakan secara liga. I bermula pada jam 8 pagi dan tamat kira-kira jam 2 petang.

IN

Copyright © 1997 SEKOLAH ISLAM HIDAYAH. All rights reserved