IN
Permohonan Darjah Satu Melebihi Kemampuan Sekolah

Ahad, 31 Ogos 1997: Permohonan kemasukan pelajar tahun satu bagi sessi 1998 telah melebihi kuota yang mampu dikendalikan oleh pihak sekolah. Menurut gurubesar sekolah, Ust. Jelani Mohd Ramly, seramai 190 permohonan telah dibuat pada tarikh tutup 31 Ogos 1997. Ini bermakna sebanyak 40 permohonan telah melebihi bilangan yang mampu disediakan oleh pihak sekolah iaitu 150 tempat.

Pada sessi 1998, pihak sekolah bercadang menyediakan 5 kelas untuk pelajar darjah satu yang akan menempatkan 30 orang pelajar dalam setiap kelas. Pada tahun-tahun sebelumnya Sekolah Rendah Islam Hidayah hanya mengambil 3 kelas pelajar tahun satu. Namun, atas permintaan yang mendesak, bilangan ini telah ditambah kepada 5 kelas bermula pada sessi persekolahan 1997.

Menurut Ust. Jelani lagi, pemilih terpaksa dibuat melalui proses temuduga. Oleh itu pihak sekolah akan mengadakan proses temuduga kepada pelajar dan ibubapa pada 20 September 1997, bertempat di Sekolah Rendah Islam Hidayah.

Walaupun tarik permohonan telah ditutup, ramai juga yang masih membuat permohonan kemasukan pelajar tahun 1.

Antara sebab utama pihak sekolah tidak dapat memenuhi permintaan masyarakat adalah kerana bilangan bilik darjah yang terhad.

IN

Copyright © 1997 SEKOLAH ISLAM HIDAYAH. All rights reserved