IN
Pepereksaan UPSRI 1997 bermula

Isnin, 11 Ogos 1997: Seramai 45 calun terdiri dari pelajar tahun 6 Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) telah memulakan pepereksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Islam (UPSRI). Pepereksaan yang bermula pada 11 Ogos 1997 itu akan berlangsung selama 4 hari. Ia dijalankan serentak dengan kesemua 13 sekolah rendah Islam yang seumpamanya di seluruh negara.

UPSRI adalah pepereksaan seumpama Ujian Pepereksaan Sekolah Rendah (UPSR) tetapi dikhususkan untuk matapelajaran Deeniah sahaja. Matapelajaran tersebut adalah Al-Quran, Fekah, Bahasa Arab, Aqidah, Akhlak dan Seerah. UPSRI dikendalikan dan dikawal mutunya oleh Majlis Guru-Guru Besar rangkaian sekolah rendah Islam seluruh Malaysia.

Pelajar yang sama akan pula menduduki UPSR 1997 kelolaan Kementerian Pendidikan pada 20 Oktober yang akan datang. Ini merupakan kali ke 3 SRIH mengendalikan UPSR untuk pelajar-pelajarnya.

IN

Copyright © 1997 SEKOLAH ISLAM HIDAYAH. All rights reserved