INVISIBLE
SMIH lancarkan Briged Pembimbing Rakan Sebaya

Sabtu, 12 April 1997: Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) telah melancarkan Briged Pembimbing Rakan Sebaya (Briged PRS) bertempat di Hutan Bandar, Johor Bahru. Program ini yang menandakan bermulanya Briged PRS SMIH, berlangsung dalam bentuk perkemahan. Ia bermula dari jam 11 pagi hari Sabtu dan berakhir pada jam 2 petang hari Ahad.

Briged PRS merupakan projek printis SMIH dalam mewujudkan kumpulan pembimbing rakan sebayanya. Ia berobjektifkan antara lain;

  1. membina satu lagi sumber sokongan bagi pelajar SMIH
  2. membentuk kumpulan PRS terlatih dan berkeupayaan membantu rakan
  3. meningkatkan perkembangan diri dan kemahiran diri dan memberibantuan kepada pelajar
  4. menyediakan satu lagi pendekatan bagi meningkatkan displin pelajar
  5. untuk melicinkan proses peralihan dari alam kanak-kanak ke alamdewasa dan menyumbang secara produktif sebagai rakyat yang bertangung jawap.

Puan Kamaliah Nordin selaku pengetua SMIH telah melancarkan Briged PRS ini.Program perkemahan 2 hari itu akan dipenuhi dengan ceramah, latihan dalam kumpulan dan trekking. Ia dikendalikan oleh 5 orang fasilitator yang diketuai oleh seorang pensyarah UTM dan 4 orang guru SMIH sendiri.

Seramai 16 orang pelajar telah dipilih dalam projek printis Briged PRS ini.Menurut Puan Kamaliah Nordin, kumpulan ini akan dikembangkan keahliannya dari semasa ke semasa untuk membolehkan objektifnya tercapai secara menyeluruh.

INVISIBLE


Copyright © 1997 SEKOLAH ISLAM HIDAYAH. All rights reserved