INVISIBLE
Putera SMIH ikuti kembara kerohanian

Jumaat, 11 April 1997: Seluruh pelajar lelaki Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) telah mengikuti program Kembara Kerohanian bertempat di kampus sekolah.Program bermula dari jam 3.45 petang hari Jumaat dan berakhir pada 10 pagi hari Sabtu.

Ia merupakan program berkala SMIH. Antara objektif program ini ialah untuk membina ketahanan fizikal dan mental pelajar, memupuk persaudaraan dan cintakan sekolah di kalangan pelajar.

Program bermula denga aktiviti trekking di sebelah petangnya. Pada malam hari peserta telah mengikuti forum dan 'night avtivity'. Sebelum subuh peserta telah mengadakan qiamulail yang diketuai oleh guru SMIH, Ust. Wan Mohd Fadzli Al-Hafiz.

Program diakhiri keesokkannya dengan aktiviti keceriaan sekolah di mana peserta telah bergotong royong membersih dan menghias perkarangan sekolah.

INVISIBLE


Copyright © 1997 SEKOLAH ISLAM HIDAYAH. All rights reserved