INVISIBLE
Sakinah Razali johan pertandingan pidato

9 April 1997: Sakinah bte Razali telah muncul sebagai johan pertandingan pidato anjuran Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH). Beliau yang merupakan anak kepada seorang pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia, telah berjaya mengalahkan rakan-rakan lain dari Tahun 4, 5 dan 6.

Pertandingan ini merupakan pertandingan tertutup dan hanya dibuka kepada pelajar SRIH dari Tahun 4, 5 dan 6 sahaja. Ia dianjurkan oleh Panatia Bahasa Melayu SRIH dengan objektif untuk mencungkil bakat dalam bidang pidato di kalangan pelajar-pelajar SRIH.

Tempat kedua telah dimenangi oleh adik Husna bte Musa sementara tempat ketiga dimenangi oleh adik Harith Fakhruddin bin Abdul Malek.

Semua peserta telah membincangkan tajuk yang berkisar kepada akhlak di kalangan pelajar sekolah.

INVISIBLE


Copyright © 1997 SEKOLAH ISLAM HIDAYAH. All rights reserved