INVISIBLE
Rumah Salahuddin Al-Ayubi johan sukan SMIH

Khamis, 3 April 1997: Sukan 1997 Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) telah menyaksikan rumah Salahuddin Al-Ayubi muncul sebagai johan keseluruhan. Rumah yang menggunakan lambang merah itu telah mengalahkan rumah Salman Al-Farisi (hijau) dan rumah Abu Ayub Al-Ansari (biru).

Sukan ini yang merupakan acara tahunan SMIH telah dilangsungkan di Padang Kampung Sinaran Baru, Skudai. Ia telah disertai oleh semua pelajar SMIH dan dikendalikan sepenuhnya oleh guru-guru SMIH.

INVISIBLE


Copyright © 1997 SEKOLAH ISLAM HIDAYAH. All rights reserved