INVISIBLE
Suntikan pelali: Pengalaman baru pelajar tahun satu

3 April 1997: Seramai 120 orang pelajar tahun satu Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) telah merasai pengalaman baru mendapat suntikan pelali semasa di sekolah.Pengalaman pertama ini telah menimbulkan kerenah yang berbagai. Namun secara keseluruhannya program suntikan ini telah berjalan dengan lancar.

Program suntikan pelali ini telah diberikan oleh rombongan satu pegawai perubatan dan tiga jururawat dari Pejabat Kesihatan Tampoi. Program suntikan ini merupakan sebahagian daripada siri program berkala sekolah dan Pejabat kesihatan Tampoi.

Selain pelajar tahun satu, suntikan juga diberikan kepada semua pelajar tahun enam.

Program suntikan ini telah secara kebetulan berlaku serentak dengan program lawatan rombongan empat orang pegawai dari Kementerian Pendidikan Kuala Lumpur dan Jabatan Pendidikan Negeri ke Sekolah.

INVISIBLE


Copyright © 1997 SEKOLAH ISLAM HIDAYAH. All rights reserved