INVISIBLE
Pegawai kementerian beri komen menggalakkan

3 April 1997: Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) telah menerima lawatan serombongan 3 orang pegawai daripada Kementerian pendidikan. Ketiga-tiga mereka iaitu Cik Fatimah Hanum, Cik Noorashikin dan Puan Asmah adalah Penolong Pengarah Bahagian Pendaftaran, Kementerian Pendidikan.Lawatan rombongan kementerian ini juga telah diiringi oleh En. Ramlan, seorang pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

Lawatan yang bermula pada 9 pagi ini telah disambut oleh gurubesar SRIH, Ust. Mohd Jelani Ramly. Turut berada di SRIH ialah Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Dr. Mohd Azraai Kassim, Pengerusi Lembaga Pengelola, Hj. Samsuddin Abdullah, Bendahari Sekolah, En. Mohd Hatta Hussin dan Setiausaha Lembaga Pemegang Amanah, En. Salleh Kassim.

Lawatan bertujuan untuk melihat perkembangan SRIH. Ia merupakan sebahagian daripada proses Kementerian Pendidikan untuk membolehkan SRIH terus mendapat pengiktirafan dan pendaftaran di bawah Kementerian Pendidikan. SRIH adalah sekolah yang sememangnya telah didaftarkan di bawah Kementerian Pendidikan.

Semasa kira-kira 2 jam di SRIH rombongan telah diberikan taklimat tentang kurikulum, pentadbiran kewangan dan hala tuju sekolah yang masing-masing disampaikan oleh Guru besar, Bendahari dan Pengerusi Lembaga Pengelola.

Selain itu, rombongan juga telah dibawa melawat ke kantin sekolah, bilik guru dan juga kawasan persekitaran sekolah.

Di akhir lawatan ini rombongan telah berpuas hati dengan perkembangan SRIH dan telah menyarankan beberapa cadangan positif ke arah meningkatkan lagi mutu pendidikan SRIH.

INVISIBLE


Copyright © 1997 SEKOLAH ISLAM HIDAYAH. All rights reserved